Laporan media baru baru ini yang mengatakan Zizan Razak bakal menamatkan zaman bujang pada Jun 2015 mendapat perhatian ramai dan tidak kurang juga mengatakan tindakan pelawak itu mendirikan rumahtangga hanyalah semata mata mahu menutup kontroversi selama ini.
Dalam kenyataan terbaru kepada Harian Metro, Zizan Razak berkata yang beliau belum pun pulang ke kampung untuk bincangkan hal perkahwinan tetapi tidak menolak kemungkinan akan berkahwin dengan gadis pilihan ibunya itu pada tahun ini juga.
“Memang sya akan berkahwin tahun ini tapi belum tentu Jun seperti yang kecoh diperkatakan. Apa apa pun saya kena berbincang dengan keluarga dulu sebab (kami) baru sebulan saja kenal”
“Terkejut sangat bila baca laporan (kononnya) saya akan berkahwin Jun depan. Kalau sudah berjumpa dan berbincang, barulah saya berani sahkan tarikh. InsyaAllah kalau semua berjalan lancar memang tahun ini juga sebab saya bukan makin muda,” ujar Zizan.
Dalam laporan sama, Zizan Razak juga mengakui yang usaha untuk memenangi semula hati Emma Maembong semenjak mereka berpisah Januari lalu kini sudah berakhir.
“Akhirnya saya kena akur jodoh antara kami sudah tiada, walau apa pun berlaku hidup perlu diteruskan. Buat Emma saya doakan yang terbaik dan saya percaya dia boleh pergi jauh dalam industri,” tambahnya lagi.
Melalui satu klip video memaparkan di balik tabir penggambaran wajah penghias majalah GLAM edisi Januari 2015, Diana dilihat memakai baju dalam ala bikini berwarna kuning. ...
Zizie Ezette, isteri kepada ahli parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar telah mencuri tumpuan para penonton yang menyaksikan ABPBH2014 semalam. Seperti yang kita ketahui, selepas berkahwin, Zizie Ezette memang jarang/tidak pernah muncul di kaca televisyen.
Dalam erti kata lain, tidak lagi berlakon. Hanya kehadirannya di majlis-majlis anugerah sebegini menjadi tempat para peminat Zizie Ezette melepaskan rindu untuk melihat kelibatnya.
Ternyata kehadiran Zizie Ezette semalam menjadi bualan ramai lebih-lebih lagi ketika hadir bersama ibu dan adiknya di atas pentas untuk menyampaikan trofi kepada pemenang.
Zizie Ezette memang tampak cantik dan menawan dalam persalinan yang disediakan oleh Rizman Ruzaini ini. Gorgeous sangat-sangat. Patutlah Bung Mokhtar sanggup naik ke Genting Highlands untuk bertemu isterinya selepas selesai bermain golf. Hehehe.
Apa pun, Zizie Ezette telah memaklumkan yang dia bakal mengakhiri penantian para peminatnya untuk berlakon semula selepas keadaan mengizinkan.
Menurut Zizie Ezette, dirinya masih lagi gementar apabila melihat kamera. Bila sudah bersedia nanti, Zizie akan maklumkan pada semua.
Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.